Pengakap

PENGUMUMAN

Laman ini telah mula beroperasi dengan rasminya pada 7 Februari 2011.



Hubungi Saya ...


En. Muhammad bin Maarof
elmatadorscout@yahoo.com
( 24 hours alert email in Nokia N8 )
Scouts since 1996
Pemimpin Manik Kayu 2 Bit
( Unit Pengakap Kanak-Kanak )
Sijil Manik Kayu : 03023
Tarikh Sijil : 15.10.1999

SISTEM eSCOUT v1.0

| |

Muka Hadapan Sistem eScout v1.0



Salam 1 Malaysia 1 Pengakap.

Saya mulakan dengan masalah menguruskan Kumpulan Pengakap saya. Saya merupakan Pemimpin Unit Pengakap Kanak-Kanak. Baru hampir 11 tahun saya mengendalikan aktiviti kepengakapan di sekolah saya. Saya masih baru dengan Pengakap dan terasa malu jika ingin berbicara berkaitan ilmu kepengakapan, maklumlah saya ini masih belajar dan masih banyak perkara yang perlukan tunjuk ajar dari 'sifu-sifu' Pengakap.

Dalam tempoh ini, saya dapat rumuskan masalah berikut   :
  • Masalah mengumpulkan maklumat pelajar untuk tujuan pendaftaran pengakap tahunan.
  • Masalah menentukan sekawan / patrol dan mendapatkan senarai lengkap pengkelasan sekawan / patrol yang telah disusun atur.
  • Masalah mengeluarkan / mendapatkan Sijil Pengiktirafan Lulus Lencana Keris daripada Kuasa Penganjur atau Pihak PPM Daerah / Negeri.
  • Masalah mendapatkan enrolmen lengkap ahli pengakap di sekolah saya untuk dilaporkan kepada Unit Kokurikulum.
  • Masalah merekodkan pencapaian dan tarikh lulus setiap ahli Pengakap di sekolah saya.
  • Masalah Kad Keahlian Pengakap yang lewat / 'tidak sampai-sampai' walaupun pendaftaran Pengakap telah dibuat lebih dari 3 bulan.

So, pada tahu ini saya telah bertemu dengan sebuah Sistem pengurusan rekod Pengakap atau lebih mudah dikenali dengan singkatan eScout v1.0. Sistem ini dibangunkan oleh rakan dari Kolej Swasta. Ia lebih bersifat membantu sekolah khususnya Unit Pengakap di sekolah-sekolah bagi menguruskan rekod prestasi setiap ahli Pengakap dengan lebih efisien dan sistematik.

Sistem ini amat mudah, mesra pengguna dan akan sentiasa di tingkat upaya oleh admin berdasarkan komen yang kita emailkan kepada beliau. Siste ini boleh saya katakan menyelesaikan semua masalah saya di atas. Sistem dah ada, hanya bergantung kepada diri dan sikap pemimpin itu sendiri sama ada mahu atau tidak, rajin atau malas untuk menjalankan aktiviti kepengakapan dan merekodkan data prestasi ahli.

Saya telah memberikan sedikit hint pada pihak ibu pejabat berkaitan dengan kemampuan dan hasilan cetakan dan laporan dari sistem ini, syukur semuanya menepati kehendak mereka. Semua cetakan yang dihasilkan adalah selaras dan bertepatan dengan format Ibu Pejabat PPM dan PPM Negeri / Daerah. Meskiun demikian, mungkin ada beberapa elemen yang terlepas pandang. So berilah komen anda dan anda akan diberikan ganti sistem yang baru (Patch system).

Jika ingin kupasan lanjut berkaitan kemampuan sistem ini, silalah klik senarai pautan yang telah disediakan. Ini adalah sistem pertama seumpamanya. Cuba dulu baru tahu. Sila email pada sayaelmatadorscout@yahoo.com ) untuk mendapatkan setup file percubaan.



Takwim Pengakap

PENGAKAP DUNIA


Peta Dunia Pengakap
International Scout Centre
Pengakap Malaysia
Pengakap Indonesia
Pengakap Singapura
Pengakap Thailand
Pengakap Australia

Since 6 February 2011

Status Pengakap

IP